Pance Pondaag

Pance Frans Pondaag (lahir di Makassar, Sulawesi Selatan, 18 Februari 1951 – meninggal di Jakarta, 3 Jun 2010 pada umur 59 tahun) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Indonesia. Pance Pondaag terkenal dengan lagu Yang Pertama Kali ini aktif dalam dunia muzik sejak tahun 1980-an. Bukan sahaja lagu pop, Pance Pondaag juga mempunyai rangkaian lagu keagamaan atau lagu rohani Kristian.[1] Pance Pondaag meninggal dunia pada 3 Jun 2010 kerana diserang angin ahmar. Selama sembilan tahun beliau bertarung melawan penyakit yang menyebabkan sebahagian tubuhnya lumpuh.[2]